Thursday, September 17, 2009

EDC 15 September 2009


TNC(A) bergambar dgn exco Persatu dan seorang ahli biasa tersesat masuk dlm gambar,hehe

Berita dari PROUUM ONLINE : Masalah yang tidak diselesaikan ibarat bom jangka yang boleh meledak tanpa disangka. Namun begitu, masalah dapat diselesaikan melalui musyawarah dengan mendengar semua pandangan dan isu-isu berbangkit perlu diselesaikan segera agar tidak menjadi lebih buruk.
‘‘Portfolio sebagai TNC (A&A) merupakan tugas yang mencabar, namun saya percaya dengan sokongan semua pihak yang diberikan, kita dapat berkembang maju dengan menyelesaikan isu-isu berbangkit secara berkesan. Pendekatan saya, dengar semua pandangan, ambil yang terbaik dengan memberi keutamaan kepada pelajar, staf dan kepentingan Universiti serta negara,”
Demikian kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Ramah Mesra Silaturahim dan Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Staf Akademik UUM (PERSATU) di EDC, UUM malam tadi.

1 comment:

  1. rupanya glamour tu ari ni... bukan takat k.sam jer ajak bergambar, siap masuk portal lagi gara2 tudung yg "cantik" tu... hehehe. -twin-

    ReplyDelete