Wednesday, September 30, 2009

Kapitan Keling 25 September 2009

Beratur-beratur-beratur...nak makan pun susah...
Jualan nasi beratur ni hanya bermula jam 10 malam. Kalau g awal pun boleh gak, tapi yang menjualnya orang lain la. Nak jugak yang ni kena tunggu kul 10 malam. Tipnya, kalau tak nak beratur g awal sebelum pukul 10 tapi bgtau kata nak makan yang pukul 10 punya. Dok jer kat meja, order akan diambil. Tepat jam 10, penjual akan berganti.Hidangan yang diorder akan dihantar ke meja-meja. Yang tersiksa adalah yang sampai ke situ jam 10 ke atas, depa ni kena tunggu sampai semua hidangan ke meja-meja selesai baru la giliran mereka bermula. Sementara tu, barisan makin panjang la...

Kali ni giliran sapa yg beratur....hahaha shafiq dan Is bergilir-gilir.
Hmmmm....Panjangnya barisan, puas beratur lebih dari sejam. Hujung minggu memang la ramai, dah tu orng Penang yang balik kampung beraya pun tak mau miss perkena nasi kandar beratur ni..

Wah-wah cik azi...tak beratur kali ni.... tunggu jer giliran nak buat order ekk.

Order seperti biasa ..untuk pengunjung2 tetap ni. Pantang balik Penang, kami berempat akan sampai sini..

Kali ni Inn dan anak2 pun ikut serta... sampai terlena Danish menunggu.


Haha.."khontum"auntie teh dari Ipoh pun ada. Dari awal lagi dah janji nak dating dgn auntie di sini, hehehe.

Tanpa di rancang awal, anak-anak arwah Li yang baru sampai dari Trengganu pun terus mai join
Lebih menarik lagi, Uncle Bob, Auntie Norlin dan anak2 dari Ampang pun muncul secara tiba-tiba..Bukan mereka jer, abang dan ipar auntie pun ada..
Wah sungguh meriah...
Ada ker patut adik yang menghidang tanya "kakak ada bawa duit kan?"..

Sedap tu...sampai licin pinggan...
Terima kasih pada fatin kerana tolong merakam kan gambar2 ini....

3 comments:

  1. memang sedap hingga menjilat jari... mphhh bila pulak eik nak pegi penang cari NB ni.. -twin-

    ReplyDelete
  2. kak ani asalx byk gambar nye?...hr tu lupe nak bg usb kat k ak ani utk send semue gambar2..entah2 kak ani dah delete gambar2 fatin ...uuuuuwaaaaaaaa buat penat je posing.. =P

    ReplyDelete
  3. kalau boh semua byk sgt la fatin...tak la delete gmbr fatin cuma kena pilih sbb gambar fatin tu owh...
    kalu nak kak ani emailkan nnt...

    ReplyDelete