Showing posts with label Kembara kini. Show all posts
Showing posts with label Kembara kini. Show all posts

Friday, October 9, 2009

Konvokesyen ke 22 UUM- 4 Oct 2009

Dah nak kena g konvo lak...tiap-tiap tahun kehadiran ke majlis konvokesyen dikira wajib gak lah pada tenaga pengajar. Perasaan kena paksa tu terasa bila tahu pihak pengurusan ambik tindakan keluarkan surat tunjuk sebab kalau gagal hadir. Di mana silapnya?


Suasana konvokesyen...sesekali terasa sayu bila kenangkan ibubapa yang bersusah payah pastikan kejayaan anak-anak. Rasanya ini adalah hadiah pada ibubapa untuk menyaksi anak-anaknya naik ke pentas tu....beremosi lak!!

Tapi yang pasti...konvokesyen ini adalah hanya pengiktirafan manusia setelah ilmu dalam jurusan yang dipilih diperolehi. Moga Allah memberi ganjaran pada setiap usaha yang ikhlas dalam pencarian ilmu.
Tahniah buat anak didik...




Rupanya best gak g konvo...boleh dapat bunga. Sukanya bunga kali ni memang cantik warnanya. Sekali pandang Dr Wan kata macam tak real jer bunga ni...
Terima kasih...nak lagi, hehehe.

Friday, October 2, 2009

Maisca-UUM Student Conference 29 September 2009

Penyelaras program perakaunan minta conference ni diwajibkan pada semua students yg mengambil company secretarial practice semester ni.. Pensyarahnya kena la tunjuk contoh gak..







Aktiviti dalam kelas CSP...memaksa students jadi aktif...

Bday girl 27 September 2009

Birthday girl ....diusia 71 tahun. Hadiah kali ni Quran bersaiz besar..

Moga bertambah sihat dan dimurahi rezeki Mak Wan.

Wednesday, September 30, 2009

Bertam 26 September 2009

Majlis Aqiqah Asraf Wildan AlQarni....putera sulung Alfian dan Suhana


Kemeriahannya seperti majlis pertunangan...hehehe mungkin betul kata Alfian.."Majlis pertunangan Wildan nanti mungkin kak ani dah tak da, hahahaa"...

Kapitan Keling 25 September 2009

Beratur-beratur-beratur...nak makan pun susah...
Jualan nasi beratur ni hanya bermula jam 10 malam. Kalau g awal pun boleh gak, tapi yang menjualnya orang lain la. Nak jugak yang ni kena tunggu kul 10 malam. Tipnya, kalau tak nak beratur g awal sebelum pukul 10 tapi bgtau kata nak makan yang pukul 10 punya. Dok jer kat meja, order akan diambil. Tepat jam 10, penjual akan berganti.Hidangan yang diorder akan dihantar ke meja-meja. Yang tersiksa adalah yang sampai ke situ jam 10 ke atas, depa ni kena tunggu sampai semua hidangan ke meja-meja selesai baru la giliran mereka bermula. Sementara tu, barisan makin panjang la...

Kali ni giliran sapa yg beratur....hahaha shafiq dan Is bergilir-gilir.
Hmmmm....Panjangnya barisan, puas beratur lebih dari sejam. Hujung minggu memang la ramai, dah tu orng Penang yang balik kampung beraya pun tak mau miss perkena nasi kandar beratur ni..

Wah-wah cik azi...tak beratur kali ni.... tunggu jer giliran nak buat order ekk.

Order seperti biasa ..untuk pengunjung2 tetap ni. Pantang balik Penang, kami berempat akan sampai sini..

Kali ni Inn dan anak2 pun ikut serta... sampai terlena Danish menunggu.


Haha.."khontum"auntie teh dari Ipoh pun ada. Dari awal lagi dah janji nak dating dgn auntie di sini, hehehe.

Tanpa di rancang awal, anak-anak arwah Li yang baru sampai dari Trengganu pun terus mai join
Lebih menarik lagi, Uncle Bob, Auntie Norlin dan anak2 dari Ampang pun muncul secara tiba-tiba..Bukan mereka jer, abang dan ipar auntie pun ada..
Wah sungguh meriah...
Ada ker patut adik yang menghidang tanya "kakak ada bawa duit kan?"..

Sedap tu...sampai licin pinggan...
Terima kasih pada fatin kerana tolong merakam kan gambar2 ini....

Bukit Jambul 25 September 2009

Hari ni...usia Shafiqi dah 11 tahun...
"Memang la 11 tahun tapi mama kata abg dah 12 tahun.." Konpius2...





Seberang Jaya 23 September 2009

Bawa Tok wan mai beraya dengan cucu. Syawal pertama buat Nur Alya Humaira....


Tanjung Rambutan 23 September 2009

Ziarah pakcik din... moga pakcik tabah hadapi ujian ini...

Rombongan dari Changlun, Jitra, Seberang Jaya dan Sungai Buluh bertemu di Tanjung Rambutan...

Saturday, September 26, 2009

Suasana Aidilfitri 2009


Hidangan istemewa aidilfitri...
Riang ria beraya .....

Meriah dengan kunjungan saudara-mara....Terkenang saudara-mara yang tahun-tahun sebelum ini bersama beraya tapi kini mereka tiada,pergi meninggalkan kita....tiada siapa yang tahu samada kita akan bertemu semula di tahun hadapan...
Dikesempatan yang ada, bersalaman memohon ampun.
"Mak....minta ampun salah dan silap, halalkan makan minum...terima kasih kerana bersusah kerana kami "

Dan bergambar untuk kenangan .......Comel cucu-cucu Tok!!
Rombongan 18 penumpang Van beraya di Seberang....



Dari Seberang Jaya ke Jitra...
Terus beraya....