Showing posts with label Kembara silam. Show all posts
Showing posts with label Kembara silam. Show all posts

Sunday, October 11, 2009

Kembara silam - Commencement WMU


3 1/2 tahun yang lalu dari tarikh konvo ini, kami berenam tiba di Kalamazoo setelah 6 bulan bersama di SMS Muar.

Dgn izin Allah...tiba masa kami bertiga dirai. Alhamdulillah...keinginan (yg timbul waktu pertama kali hadir konvo senior) utk memakai tali kuning tercapai.





Tanpa dihadiri ibubapa.. namun meriah dgn kehadiran kawan-kawan.

Kad ucapan ....masih dalam simpanan sebagai kenangan dan ingatan... Thanks frens!

Kak Normah...miss u. Kat mana dan bila agaknya Allah akan ketemukan kita semula
Jejak Kasih- kak normah tempat bermanja waktu mula-mula di US tapi hanya ditahun pertama jer sblm kak normah pulang ke tanahair. Masih teringat pesanan arwah bapa supaya jangan putus hubungan dengan kak normah. Pesan bapa, kenang dan jangan lupa pada orang yang dah berjasa pada kita. Jasa kak normah pada anaknya ini sangat bermakna pada bapa, padahal bapa tak pernahpun bertemu mata dengan kak normah...hanya cerita-cerita dalam surat jer yang bapa tahu.

Kembara silam - Konvokesyen ke 6 UUM

Walapun Allah izin arwah bonda zainab tak dapat bersama di dalam dewan pada harini, namun hati ini yakin bahawa kejayaan ini adalah berkat restu dan doanya..kegigihan dan kesungguhannya amat dihargai dan dikagumi.



Tuesday, October 6, 2009

Kembara Silam -Lands End

Indahnya pemandangan...

Kenangannya... bermusafir bersama pun begitu indah. Kata orang bermusafir biar berteman supaya kita tak lalai dalam urusan agama, kecuali tersalah pilih teman. Bermusafir bersama menjadikan kita lebih mengenali antara satu sama lain. Moga kita diberi rezeki bertemu teman-teman yang ikhlas dalam pergaulan.
” Tidak beriman seorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya” -Al-Hadith


Turut serta dalam rombongan kali ni :Mi sekeluarga dari soton, kak faridah sekeluarga dari Cardif, Neh dari London, Lis dari Manchester dan tetamu paling jauh kak roha dan hazrina mai dari Paya Jaras. Mak wan sampai hari ni masih terkilan sebab tak dapat turut serta...tula pakcik tak mau ikut.
Begitu kagum dengan kegigihan kak faridah...seorang isteri, ibu dan juga sahabat.
Skrip kak roha pada Hazrina yang paling tidak kami lupa setiap kali bila bercerita pasal camping di Lands End..."hang masuk lagi sekali, ....." haha Hazrina kalau tak ingat apa ayat seterusnya, tanya la mama.

Thursday, September 17, 2009

Kembara Silam -Eid di Notts

Dihari raya...tahun pertama cuti belajar. Teringat pada Hafsa...she took d trouble to send her "kak ani" to notts. So sweet...

Hidangan satay dan soto.. nak makan soto tu kena hati-hati klu tak mau masin sbb Fatin ada hidangkan garam bersama-sama.

Saturday, September 12, 2009

Kembali dari UK 10 September 2009

Menunggu kepulangan mereka dari UK...setelah 6 tahun mereka berada di Cardiff.
Mereka ni.......... penumpang terakhir yg keluar malam itu.... Samihah sekeluarga.

Yg bestnya Samihah ni begitu pemikir. Sblm balik hari tu, baru nak hint, tiba-tiba dapat msge "Hai, dh beli pun, 2 jenis espc 4 both of u! Kat orang lain x beli pun. Tp kena tnggu kontena smpai nnt!" ....hehee, ada gak yang ingat kat kami

Putera tunggalnya Afif, Prince of Wales , kali pertama menjejaki kakinya ke Malaysia...handsome, cute, bijak dan manja si Afif.

Tanpa dirancang awal, bawa penumpang-penumpang ni ke Pendang...
dan terus bermalam di situ!!!

Kenangan silam ......sebelum balik dari UK dulu, huhuhu...

......bergambar selepas makan2 bersama kawan2 di Kuti's Brasserie.

Kuti's Brasserie - Southampton
39 Oxford Street
Southampton
Hampshire SO14 3DP
http://www.kutis.co.uk/

Tiba harinya 28 November 2004, berkumpul lak di Heathrow....

Di Tanah air tercinta disambut keluarga tersayang....

"Mak ...ani dah balik!!"...hehehe

Sunday, August 23, 2009

Kembara silam- iftar di Southampton

November 1, 2004 11:04 AM
To: muslimah_soton03@yahoogroups.com
Jemputan Pre-rumah Terbuka
Kak Ani dan kak Neh
Mazwana & Sahriman sekeluarga
Mi & Taib sekeluarga

Memandangkan kak Ani dan kak Neh akan pulang ke tanah air dalam masa terdekat, dan Mi & Mazwana agak sibuk selepas Hari Raya [tapi masih boleh hadir jemputan rumah terbuka :-)], maka kami berhajat untuk mendahulukan “Majlis Rumah Terbuka” pada tahun ini.
Kami dengan sukacitanya mempersilakan abang/kakak, kawan-kawan sekeluarga dan juga adik-adik (semua yer!) untuk berbuka puasa bersama kami pada 7hb November 2004,di Fitness Studio(tempat solat Jumaat/Tarawih. Waktu berbuka-4.33pm




Dihari-hari lain, memandangkan waktu berbuka 4.00-4.30ptg, mana nak sempat masak. So sebulan penuh berbuka di prayer room bersama pelajar islam yang lain. Makanan tajaan Islamic Society Soton. Hari Sabtu, berbuka bersama Muslim society sekitar Southampton. Hari ahad lak, memenuhi jemputan masyarakat islam yang berada di bumi Southampton yang asalnya dari seluruh pelusuk dunia untuk berbuka di rumah mereka. Miss everyone....







Aktiviti ni berjalan selama 3 tahun di UK....sekejap di soton sekejap di notts. Cuma di ramadhan tahun akhir ni tak g Notts dah sbb orng Notts dah balik Mesia, huhuhu.Gmbr-gmbr di atas diamik di tahun akhir....

Teringat sangat, kemanisan dan kesayuan semasa berterawih di sana....

Monday, July 27, 2009

Kembara Silam-Sherwood Forest, Nottinghamshire

Hahahah...The Home of Robin Hood.


Keluasan asal forest ni 200 square miles...lani dah menjadi sempit. Tapi pokok legenda 'Major Oak' masih ada..


Kunjungan bersama ina, fatin dan liza kali ni memang bernasib baik...sebab ada mcm2 aktiviti. Tak selalu ada.

Kembara Silam- Rossili Beach

Rhossili is the most westerly of the Gower beaches taking the full brunt of the Atlantic swells and providing one of the best surfing bays on the peninsula., and being renown for its miles of golden sands.

Petang yg sungguh nyaman di pantai yang bersih berserta bayu yang memang sgt ayu!!!
Menyaksi pergerakan air pasang....
Kisah bermula dengan menawan kubu....

namun kedudukan agak tergugat bila air mula mengepung kubu...

tak berdaya nak menahan asakan ombak, kubu hampir ditengelami...

Tak da yang kekal kecuali Allah. Kubu dah tidak kelihatan lagi.....dapat tawan sekejap jer!!

air makin pasang....

Akhirnya matahari turut tenggelam ......