Wednesday, September 30, 2009

Tanjung Rambutan 23 September 2009

Ziarah pakcik din... moga pakcik tabah hadapi ujian ini...

Rombongan dari Changlun, Jitra, Seberang Jaya dan Sungai Buluh bertemu di Tanjung Rambutan...

Saturday, September 26, 2009

Suasana Aidilfitri 2009


Hidangan istemewa aidilfitri...
Riang ria beraya .....

Meriah dengan kunjungan saudara-mara....Terkenang saudara-mara yang tahun-tahun sebelum ini bersama beraya tapi kini mereka tiada,pergi meninggalkan kita....tiada siapa yang tahu samada kita akan bertemu semula di tahun hadapan...
Dikesempatan yang ada, bersalaman memohon ampun.
"Mak....minta ampun salah dan silap, halalkan makan minum...terima kasih kerana bersusah kerana kami "

Dan bergambar untuk kenangan .......Comel cucu-cucu Tok!!
Rombongan 18 penumpang Van beraya di Seberang....



Dari Seberang Jaya ke Jitra...
Terus beraya....

Thursday, September 24, 2009

Taman U- 23 September 2009

Zulaikha Ahmad Suhaimi Ika
cian tul...ceramah tu xleh cancel..change ngan menyanyi lagu raya...satu hari di hari raya.....lalalalala...smbung2..


Satu hari di hari raya....kami kena bagi ceramah akaun.

Hari ni mmg penat giler. Alhamdulillah peserta2 tu mcm faham jer topik perbincangan..Ya ker depa faham, hahaha.

Saturday, September 19, 2009

Terasa cepat lak ramadhan berlalu...
Tiba lak syawal utk kita menyambutnya dengan kemeriahan....peluang bertemu sanak saudara, jiran tetangga, sahabat handai. Eratkan ukhwah kami ya Allah dan agar kami dapat merasai kemanisannya...


“Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan berprasangka (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yg dilarang), karena sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah kamu mengumpat satu sama lain. Adakah seorang diantara kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani” (Surah Al-Hujurat : 12)

Thursday, September 17, 2009

Kembara Silam -Eid di Notts

Dihari raya...tahun pertama cuti belajar. Teringat pada Hafsa...she took d trouble to send her "kak ani" to notts. So sweet...

Hidangan satay dan soto.. nak makan soto tu kena hati-hati klu tak mau masin sbb Fatin ada hidangkan garam bersama-sama.

EDC 15 September 2009


TNC(A) bergambar dgn exco Persatu dan seorang ahli biasa tersesat masuk dlm gambar,hehe

Berita dari PROUUM ONLINE : Masalah yang tidak diselesaikan ibarat bom jangka yang boleh meledak tanpa disangka. Namun begitu, masalah dapat diselesaikan melalui musyawarah dengan mendengar semua pandangan dan isu-isu berbangkit perlu diselesaikan segera agar tidak menjadi lebih buruk.
‘‘Portfolio sebagai TNC (A&A) merupakan tugas yang mencabar, namun saya percaya dengan sokongan semua pihak yang diberikan, kita dapat berkembang maju dengan menyelesaikan isu-isu berbangkit secara berkesan. Pendekatan saya, dengar semua pandangan, ambil yang terbaik dengan memberi keutamaan kepada pelajar, staf dan kepentingan Universiti serta negara,”
Demikian kata Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak pada Majlis Ramah Mesra Silaturahim dan Berbuka Puasa Bersama Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Staf Akademik UUM (PERSATU) di EDC, UUM malam tadi.

Saturday, September 12, 2009

Kembali dari UK 10 September 2009

Menunggu kepulangan mereka dari UK...setelah 6 tahun mereka berada di Cardiff.
Mereka ni.......... penumpang terakhir yg keluar malam itu.... Samihah sekeluarga.

Yg bestnya Samihah ni begitu pemikir. Sblm balik hari tu, baru nak hint, tiba-tiba dapat msge "Hai, dh beli pun, 2 jenis espc 4 both of u! Kat orang lain x beli pun. Tp kena tnggu kontena smpai nnt!" ....hehee, ada gak yang ingat kat kami

Putera tunggalnya Afif, Prince of Wales , kali pertama menjejaki kakinya ke Malaysia...handsome, cute, bijak dan manja si Afif.

Tanpa dirancang awal, bawa penumpang-penumpang ni ke Pendang...
dan terus bermalam di situ!!!

Kenangan silam ......sebelum balik dari UK dulu, huhuhu...

......bergambar selepas makan2 bersama kawan2 di Kuti's Brasserie.

Kuti's Brasserie - Southampton
39 Oxford Street
Southampton
Hampshire SO14 3DP
http://www.kutis.co.uk/

Tiba harinya 28 November 2004, berkumpul lak di Heathrow....

Di Tanah air tercinta disambut keluarga tersayang....

"Mak ...ani dah balik!!"...hehehe

Thursday, September 10, 2009

Sungai Petani 09/09/09

Wajahnya selepas lebihkurang 12 jam dilahirkan...Lahir jam 4.50am pada 09.09.09.

Moga sicomel ni menjadi anak yg solehah.
Tahniah wani dan shah...


Tok su ker acu ni....
ada gak kenangan dengan CIK ANI, hehehe

Temankan emak, ayah dan anak di Hospital Pakar Metro sampai sampai waktu berbuka...

Thursday, September 3, 2009

Dari Arab Saudi - 2 Sept 2009

Berbuka di rumah Abdullah,org Saudi....Dia asyik puji masakan isterinya dan memang pun tak dapat dinafikan. Sedap giler...

Nor Aziah Manaf mphhh memang isterinya expert memasak...
Thu at 10:42pm



Waktu berbuka kuih penuh meja... ingatkan itu jer... rupanya second round baru keluag nasi... kenyang sampai ke sahur!!!


Alhamdulillah...dapat nikmati macam-macam di bulan Ramadhan ni, jemputan berbuka di Jitra, Alor Setar, Penang, Changlun, Sintok dan juga hidangan dari jiran-jiran.
Semoga kita dapat menghayati setiap saat Ramadhan al-Mubarak
Di awalnya penuh rahmat
Di pertengahannya pengampunan
Di akhirnya pembebasan dari azab api neraka

Kampong Lorong Buah Pala -31 August 2009

Rupanya Kampung Buah Pala ni lokasinya berapa langkah jer dari sekolah rendah glugur yang daripada darjah 4-6 dok ulang alik...
Dulu sapa la nak kenal kampung "High Chapral" ni....Tiba-tiba jer dapat liputan media saban hari lani..politik-politik!!!


Apakah kesudahannya????

Penang 30-31 August 2009

Nak gi mana Inn dan anak2 ni????

Semangat mereka nak masuk prtandingan mewarna. di Sunshine..

Ni bersempena Hari Merdeka ke 52...

Berbaju hitam di hari merdeka?? Hahaha



Gaya remaja!!

Datin Aishah kali ni shopping bedak lak...bertambah cun la Datin. Spt biasa yg meneman pun sama naik gak..