Friday, October 30, 2009

Kembara Silam -Kalamazoo




Toyeee jer muka2, hehehe.....nak buat cam na waktu ni tahun 80an. Nmpk baik jer semuanya. Diusia belasan tahun sudah berada diperantauan jauh dari mata ibu ayah... tika ni memang kebebasan sebebas-bebasnya ada. Terasa sangat rahmat Allah, maha pelindung maha penyayang. Allah izin...pandai kakak2 ini mendekati dan mengambil hati. Sepanjang pengajian, tanpa gagal mereka melayan secara berhikmah. Bantuan dan teruatama nasihat mereka amat bernilai...hanya Allah yang dapat membalasnya.

Seperti kebiasaan yang berlaku di luar negara, kehadiran kami jugak ditunggu dan disambut baik oleh abang-abang senior. Baik sungguh depa nak membantu dan melayan adik2 baru.. terpinga gak,confuse!!. Ada senior yg suka menghiburkan...ajak jalan2, shopping2, lepak2 lelaki dan pompuan. Best memang best, darah muda la katakan. Bukan apapun...seronok2 jer berkawan. Alhamdulillah...Allah tak terus biarkan kami lalai dengan keseronokan. Bersyukur dapat bersahabat dengan mereka yang baik2. Kata orang, kawan ketawa mudah dapat tapi bila terasa nak nangis, tak semua mereka kita cari. Mungkin bkn mereka tak nak nangis bersama tapi hati ni kadang2 dgn sendirinya tak terasa nak cari mereka.

Penang 21 October 2009

Birthday abg kesayangan...

Dah berusia 50 tahun anak sulung mak ni!!!!

COB Day 20 October 2009

COB Day...tiba-tiba jer ada COB Day.Meriah gak dgn kehadiran staf, students dan jemputan. Ada yg bertanya kenapa hari ini dan ada gak yg menjawab sempena sehari selepas 30 Syawal. Annual event ker? Hahaha...nak tahu tunggu tahun depan...klu ada lagi COB Day, bermakna ianya adalah sambutan tahunan....hehehe


Kebetulan lak jatuh hari Selasa....dah suruh SDG hadir untuk cukupkan pertemuan, pensyarahnya kena la hadir sama...heheh


Thursday, October 22, 2009

Kampung Hijrah - 4 Oct 2009

Ziarah sana-sini.....lagi-lagi bersempena bulan syawal. Walaupun 1 syawal hanya sehari jer, tapi dah jadi amalan orang kita beraya sepanjang bulan syawal. Kebanyakan jemputan cuba kami dipenuhi. Sambil2 tu ada gak jenguk saudara dan kenalan tanpa dijemput untuk mengerat siratulrahim...



Sunday, October 11, 2009

Kembara silam - Commencement WMU


3 1/2 tahun yang lalu dari tarikh konvo ini, kami berenam tiba di Kalamazoo setelah 6 bulan bersama di SMS Muar.

Dgn izin Allah...tiba masa kami bertiga dirai. Alhamdulillah...keinginan (yg timbul waktu pertama kali hadir konvo senior) utk memakai tali kuning tercapai.





Tanpa dihadiri ibubapa.. namun meriah dgn kehadiran kawan-kawan.

Kad ucapan ....masih dalam simpanan sebagai kenangan dan ingatan... Thanks frens!

Kak Normah...miss u. Kat mana dan bila agaknya Allah akan ketemukan kita semula
Jejak Kasih- kak normah tempat bermanja waktu mula-mula di US tapi hanya ditahun pertama jer sblm kak normah pulang ke tanahair. Masih teringat pesanan arwah bapa supaya jangan putus hubungan dengan kak normah. Pesan bapa, kenang dan jangan lupa pada orang yang dah berjasa pada kita. Jasa kak normah pada anaknya ini sangat bermakna pada bapa, padahal bapa tak pernahpun bertemu mata dengan kak normah...hanya cerita-cerita dalam surat jer yang bapa tahu.

Kembara silam - Konvokesyen ke 6 UUM

Walapun Allah izin arwah bonda zainab tak dapat bersama di dalam dewan pada harini, namun hati ini yakin bahawa kejayaan ini adalah berkat restu dan doanya..kegigihan dan kesungguhannya amat dihargai dan dikagumi.



Friday, October 9, 2009

Konvokesyen ke 22 UUM- 4 Oct 2009

Dah nak kena g konvo lak...tiap-tiap tahun kehadiran ke majlis konvokesyen dikira wajib gak lah pada tenaga pengajar. Perasaan kena paksa tu terasa bila tahu pihak pengurusan ambik tindakan keluarkan surat tunjuk sebab kalau gagal hadir. Di mana silapnya?


Suasana konvokesyen...sesekali terasa sayu bila kenangkan ibubapa yang bersusah payah pastikan kejayaan anak-anak. Rasanya ini adalah hadiah pada ibubapa untuk menyaksi anak-anaknya naik ke pentas tu....beremosi lak!!

Tapi yang pasti...konvokesyen ini adalah hanya pengiktirafan manusia setelah ilmu dalam jurusan yang dipilih diperolehi. Moga Allah memberi ganjaran pada setiap usaha yang ikhlas dalam pencarian ilmu.
Tahniah buat anak didik...




Rupanya best gak g konvo...boleh dapat bunga. Sukanya bunga kali ni memang cantik warnanya. Sekali pandang Dr Wan kata macam tak real jer bunga ni...
Terima kasih...nak lagi, hehehe.

Tuesday, October 6, 2009

Kembara Silam -Lands End

Indahnya pemandangan...

Kenangannya... bermusafir bersama pun begitu indah. Kata orang bermusafir biar berteman supaya kita tak lalai dalam urusan agama, kecuali tersalah pilih teman. Bermusafir bersama menjadikan kita lebih mengenali antara satu sama lain. Moga kita diberi rezeki bertemu teman-teman yang ikhlas dalam pergaulan.
” Tidak beriman seorang kamu itu melainkan dia mencintai sahabatnya, sebagaimana dia mencintai dirinya” -Al-Hadith


Turut serta dalam rombongan kali ni :Mi sekeluarga dari soton, kak faridah sekeluarga dari Cardif, Neh dari London, Lis dari Manchester dan tetamu paling jauh kak roha dan hazrina mai dari Paya Jaras. Mak wan sampai hari ni masih terkilan sebab tak dapat turut serta...tula pakcik tak mau ikut.
Begitu kagum dengan kegigihan kak faridah...seorang isteri, ibu dan juga sahabat.
Skrip kak roha pada Hazrina yang paling tidak kami lupa setiap kali bila bercerita pasal camping di Lands End..."hang masuk lagi sekali, ....." haha Hazrina kalau tak ingat apa ayat seterusnya, tanya la mama.

Friday, October 2, 2009

Maisca-UUM Student Conference 29 September 2009

Penyelaras program perakaunan minta conference ni diwajibkan pada semua students yg mengambil company secretarial practice semester ni.. Pensyarahnya kena la tunjuk contoh gak..







Aktiviti dalam kelas CSP...memaksa students jadi aktif...

Bday girl 27 September 2009

Birthday girl ....diusia 71 tahun. Hadiah kali ni Quran bersaiz besar..

Moga bertambah sihat dan dimurahi rezeki Mak Wan.

Wednesday, September 30, 2009

Bertam 26 September 2009

Majlis Aqiqah Asraf Wildan AlQarni....putera sulung Alfian dan Suhana


Kemeriahannya seperti majlis pertunangan...hehehe mungkin betul kata Alfian.."Majlis pertunangan Wildan nanti mungkin kak ani dah tak da, hahahaa"...

Kapitan Keling 25 September 2009

Beratur-beratur-beratur...nak makan pun susah...
Jualan nasi beratur ni hanya bermula jam 10 malam. Kalau g awal pun boleh gak, tapi yang menjualnya orang lain la. Nak jugak yang ni kena tunggu kul 10 malam. Tipnya, kalau tak nak beratur g awal sebelum pukul 10 tapi bgtau kata nak makan yang pukul 10 punya. Dok jer kat meja, order akan diambil. Tepat jam 10, penjual akan berganti.Hidangan yang diorder akan dihantar ke meja-meja. Yang tersiksa adalah yang sampai ke situ jam 10 ke atas, depa ni kena tunggu sampai semua hidangan ke meja-meja selesai baru la giliran mereka bermula. Sementara tu, barisan makin panjang la...

Kali ni giliran sapa yg beratur....hahaha shafiq dan Is bergilir-gilir.
Hmmmm....Panjangnya barisan, puas beratur lebih dari sejam. Hujung minggu memang la ramai, dah tu orng Penang yang balik kampung beraya pun tak mau miss perkena nasi kandar beratur ni..

Wah-wah cik azi...tak beratur kali ni.... tunggu jer giliran nak buat order ekk.

Order seperti biasa ..untuk pengunjung2 tetap ni. Pantang balik Penang, kami berempat akan sampai sini..

Kali ni Inn dan anak2 pun ikut serta... sampai terlena Danish menunggu.


Haha.."khontum"auntie teh dari Ipoh pun ada. Dari awal lagi dah janji nak dating dgn auntie di sini, hehehe.

Tanpa di rancang awal, anak-anak arwah Li yang baru sampai dari Trengganu pun terus mai join
Lebih menarik lagi, Uncle Bob, Auntie Norlin dan anak2 dari Ampang pun muncul secara tiba-tiba..Bukan mereka jer, abang dan ipar auntie pun ada..
Wah sungguh meriah...
Ada ker patut adik yang menghidang tanya "kakak ada bawa duit kan?"..

Sedap tu...sampai licin pinggan...
Terima kasih pada fatin kerana tolong merakam kan gambar2 ini....