Sunday, November 29, 2009

Taman Bukit Saga -20 November 2009


Manja anak-anak arwah li...


Aksi Najla...

Wawa Osheen: heheh.. comey.. yg di dera 2 pun rela btol main gk ngn yg pendera.. ~~
Wed at 3:12am ·

Jejak kasih: Arwah Li pergi buat selamanya diusia 48 tahun. Sedey sekembali dari UK dipenghujung 2004, hanya sempat melihat ketika arwah dah tak sedarkan diri dihospital. Teringat semasa terima sms dari arwah dari Tanah Suci...itula kali terakhirnya. Semoga roh dirahmati Allah.
Pemergian arwah ke Ireland melanjutkan pelajaran dulu pernah memberi semangat pada diri adiknya ini untuk mengikuti jejak langkahnya...

Friday, November 20, 2009

Friday, November 13, 2009

Sierramas-11 November 2009






emir faizal quyummi....putera sulung nana dan along!! Comel si emir...kena kejut bangun dari tidurnya pun tak nangis.

Hospital Selayang- 10 November 2009

Sayu tengok cik din terlantar, tak lagi ceria berkata-kata seperti selalu. Alhamdulillah cik din pasrah dan redha dengan ujian Allah ni. Tiada keluhan dan sungutan...hanya Allah yg maha mengetahui segalanya.
Cik Kiah pun begitu tabah menjaga cik din...moga Allah terus memberi kekuatan pada cik kiah.

Apabila Allah s.w.t. itu mengasihi seseorang hamba Ia akan mengujinya, sama ada dengan menurunkan penyakit dan sebagainya. Allah jua yang akan memberikan kesabaran.
"Wahai hamba2-Ku yang beriman, Bertawalah kepada Tuhanmu. Dan ingatlah orang2 yang berbuat baik di dunia akan beroleh kebaikan. Dan ingatlah bumi Allah ini luas. Sesungguhnya orang yang bersabar akan disempurnakan pahala mereka tanpa hisab" (az-Zumar: 10)"

MICPA BURSA MALAYSIA BUSINESS FORUM -9&10 November 2009

Change? For the sake of changing? Nmpknya rakyat Malaysia dah makin bijak menuntut hak,
hmmm... tanya pada diri apa yg telah kita lakukan utk perubahan yg positif!!








Birthday sapa ni -3 November 2009

Terima kasih kawan2 kerna sudi hadir utk sambut bday kwn baik ku ni...Moga persahabatan dan kasih sayang akan terus terjalin.

Riuh rendah kaum hawa bila bertemu tanpa kaum adam. Lagi-lagi yang hadir ni semuanya matang2 belaka...
Rajin aza... tolong masak lagi. Terima kasih...tak lupa gak kat jiran yang bersopan santun memotong sayur.


Mas ...penaja rojak yg sangat sedap kuahnya

Kek pun ada tajaan...Zu, tahun depan taja lagi ekk

Friday, November 6, 2009

Kursus Komprehensif Membentuk dan Membangun Usahawan Berpengetahuan-28 Oktober 2009


Dalam mencari kerjaya yang sesuai peserta yang kebanyakannya"fresh graduates" meluangkan sebulan berkursus di sini.

Isu graduan menanggur selalu diperkatakan...dah selalu kedengaran suara yang berkata "budak keluar U pun susah nak dapat kerja..." So budak U pulak dapat idea, "okla tu bukan aku seorang jer yg susah dapat kerja, sama jer orang lain pun" haha tak terfikir lak, "kenapa la Allah tak buka rezeki pekerjaaan padaku"

Ada yang berkata sebab tak pandai berbahasa inggeris. Betul ker...rakyat Malaysia, tinggal di Malaysia, belajar di Malaysia tapi nak kerja di Malaysia tak layak sebab pandai berbahasa Malaysia jer. Ada lak yang kata sebab tak da "soft skill"...kalau dah tahu kenapa tak dididik sebegitu, bukankah bahasa dan skill boleh dipelajari.....


"Ya Allah, tidak ada yang mudah, kecuali sesuatu yang Engkau jadikan mudah, Engkaulah yang menjadikan yang susah itu mudah"

Lawatan Menteri Pengajian Tinggi ke UUM-21 Oct 2009

Kehadiran Dato' Seri Mohamed Khalid Nordin....antara agendanya pertemuan dengan exco-Persatu

Wah-wah...tersenyum mengiring Menteri, sempat tak bisik2 kat dia pasal projek tu?haha



Friday, October 30, 2009

Kembara Silam -Kalamazoo




Toyeee jer muka2, hehehe.....nak buat cam na waktu ni tahun 80an. Nmpk baik jer semuanya. Diusia belasan tahun sudah berada diperantauan jauh dari mata ibu ayah... tika ni memang kebebasan sebebas-bebasnya ada. Terasa sangat rahmat Allah, maha pelindung maha penyayang. Allah izin...pandai kakak2 ini mendekati dan mengambil hati. Sepanjang pengajian, tanpa gagal mereka melayan secara berhikmah. Bantuan dan teruatama nasihat mereka amat bernilai...hanya Allah yang dapat membalasnya.

Seperti kebiasaan yang berlaku di luar negara, kehadiran kami jugak ditunggu dan disambut baik oleh abang-abang senior. Baik sungguh depa nak membantu dan melayan adik2 baru.. terpinga gak,confuse!!. Ada senior yg suka menghiburkan...ajak jalan2, shopping2, lepak2 lelaki dan pompuan. Best memang best, darah muda la katakan. Bukan apapun...seronok2 jer berkawan. Alhamdulillah...Allah tak terus biarkan kami lalai dengan keseronokan. Bersyukur dapat bersahabat dengan mereka yang baik2. Kata orang, kawan ketawa mudah dapat tapi bila terasa nak nangis, tak semua mereka kita cari. Mungkin bkn mereka tak nak nangis bersama tapi hati ni kadang2 dgn sendirinya tak terasa nak cari mereka.

Penang 21 October 2009

Birthday abg kesayangan...

Dah berusia 50 tahun anak sulung mak ni!!!!

COB Day 20 October 2009

COB Day...tiba-tiba jer ada COB Day.Meriah gak dgn kehadiran staf, students dan jemputan. Ada yg bertanya kenapa hari ini dan ada gak yg menjawab sempena sehari selepas 30 Syawal. Annual event ker? Hahaha...nak tahu tunggu tahun depan...klu ada lagi COB Day, bermakna ianya adalah sambutan tahunan....hehehe


Kebetulan lak jatuh hari Selasa....dah suruh SDG hadir untuk cukupkan pertemuan, pensyarahnya kena la hadir sama...heheh


Thursday, October 22, 2009

Kampung Hijrah - 4 Oct 2009

Ziarah sana-sini.....lagi-lagi bersempena bulan syawal. Walaupun 1 syawal hanya sehari jer, tapi dah jadi amalan orang kita beraya sepanjang bulan syawal. Kebanyakan jemputan cuba kami dipenuhi. Sambil2 tu ada gak jenguk saudara dan kenalan tanpa dijemput untuk mengerat siratulrahim...



Sunday, October 11, 2009

Kembara silam - Commencement WMU


3 1/2 tahun yang lalu dari tarikh konvo ini, kami berenam tiba di Kalamazoo setelah 6 bulan bersama di SMS Muar.

Dgn izin Allah...tiba masa kami bertiga dirai. Alhamdulillah...keinginan (yg timbul waktu pertama kali hadir konvo senior) utk memakai tali kuning tercapai.





Tanpa dihadiri ibubapa.. namun meriah dgn kehadiran kawan-kawan.

Kad ucapan ....masih dalam simpanan sebagai kenangan dan ingatan... Thanks frens!

Kak Normah...miss u. Kat mana dan bila agaknya Allah akan ketemukan kita semula
Jejak Kasih- kak normah tempat bermanja waktu mula-mula di US tapi hanya ditahun pertama jer sblm kak normah pulang ke tanahair. Masih teringat pesanan arwah bapa supaya jangan putus hubungan dengan kak normah. Pesan bapa, kenang dan jangan lupa pada orang yang dah berjasa pada kita. Jasa kak normah pada anaknya ini sangat bermakna pada bapa, padahal bapa tak pernahpun bertemu mata dengan kak normah...hanya cerita-cerita dalam surat jer yang bapa tahu.

Kembara silam - Konvokesyen ke 6 UUM

Walapun Allah izin arwah bonda zainab tak dapat bersama di dalam dewan pada harini, namun hati ini yakin bahawa kejayaan ini adalah berkat restu dan doanya..kegigihan dan kesungguhannya amat dihargai dan dikagumi.